Bad Dream :)

Assalammualaikum Blog :)
tajuk kali ini 'BAD DREAM' kenapalah kan aku bagi tajuk sedemikian? oke, malam semalam, dalam area pukul 12.00 - 3.00 aku bermimpi buruk. sebenarnya taklah buruk sangat. kenapa mimpi tuhh sampai pukul 300 pagi je? sebabnya aku terbangun! YA ALLAH, kenapalah aku bermimpi tentang mereka? siapakah mereka? oke, lets start story :)
kisah mimpiku bermula => aku tengah berada di dalam kelas. masa tuhh aku boleh pula tidur time BM. kejadian ini bertempat di Bilik BM3. time cikgu tengah cakap dekat depan boleh pula aku tidur dengan lenanya? MasyaALLAH. tetiba cikgu panggil aku. aku pon bangunlah dan menuju ke depan. terkejut aku bila nampak Ayie dekat depan cikgu. dia tengok aku pula. hah? aku pon terkejut O_O #sebaik tak pengsan
cikgu suruh aku agihkan kertas. aku pon agih lah kertas dekat budak budak kelas aku. masa aku nak agih dekat budak lelaki kan, tetiba aku ternampak aqil dan yusri duduk dekat tempat belakang sekali dalam kelas aku tuhh. sekali lagi aku terkejut. aku pon buat dekk jela dan bagi kertas tuhh dekat budak lain. tetiba mereka minta dekat aku. "nak kertas tuh" aku pon dengan selambanya bagi. #berehat kejap dan tengok gambar Shin Dong Ho

tetiba ramai pula yang muncul seperti baihaqi, megat, entah sesiapa lagi yang takdek kena mengena. boleh pula aku dan kekawan aku happy gila dalam mimpi tuhh.. yong cheng pon ada tau. hehe, yang aku pelik, kenapa aqil, yusri dan ayie boleh ada? menyibuk jelaa. aku tak suruh pon mereka masuk mimpi aku. GRR! aqil punya senyum dalam mimpi aku sangat comell #Ehh, tak tipu lahh. aku pon tak tau kenapa?
adakah mimpi tuhh betul? orang kata kalau mimpi antara pukul  12 - 3 pagi tuhh benar? uwaaa!!

Puasa

Assalammualaikum :)
harini hari kedua puasa. Alhamdulillah. happy tau harini. sebenarnya tak tau nak cerita apa. Puasa kali nie tak lah sepenat tahun lepas. rasa biasa biasa sahaja. mungkin kerana aku kan dah makin besar, so kurang lah sikit dugaan berpuasa tuhh. wani nak cerita nie. segan pula rasanya nak cerita. oke, kit mula :)
hari Selasa aritu kan, masa nak naik ke kelas agama kan, aku berborak lah dengan member aku yang ramai tuh. aku berjalan bergandingan dengan farisyah ku sayang. masa kitorang tengah gelak gelak tuh kan, tetiba farisyah cuit aku. then, dia cakap
farisyah: aku rasa dekat belakang aku ada orang
aku : ada ke?
aku pon toleh lah belakang. MasyaAllah, dekat belakang aku rupanya ada yusri dan ayie. terkejut aku. 
farisyah : wani, kita jalan cepat sikit boleh tak? diorang [yusri dan ayie] rapat sangat dekat belakang kita nie
aku : ahh? oke jew. jomm!
aku dengan farisyah pon jalan dengan lajunya. potong kekawan aku yang dekat depan kitorang tadi. wahh, laju seperti kereta ferrari. then aku cakap dekat kekwan aku semua "Weyhh, dah cepat, cikgu alina dah tunggu kita tuhh. cepat cepat" padahal... tetiba liana panggil dan cakap dekat aku 
liana : wani, macam lah ak tak tau kenapa kau jalan cepat sangat. tak yah lari lah
aku : ehh,, diam diam sudah. jom cepat masuk kelas
yusri dan ayie tengok jew aku. ahh, lantak korang lah. kesah pula aku. sebaik masa tuh takdak aqil si kepala besar tuhh.. kalau tak, tak tau lah. haishh,, baru aku nak lupakan mereka tuhh.. kenapalah.. 
aku tak nak ingat tentang mereka lagiii!!!

Fake Or True Friend ?

Assalammualaikum ^^
KAWAN? adakah mereka hanya datang bila kita senang dan meninggalkan kita apabila kita susah? aku pon tak tau. aku rasa aku tak da pon yang dipanggil "Best Friend" aku akan kawan dengan sesiapa jew yang aku suka. aku rindu sangat friendship aku dengan Naddjwa. kenapalah kami dipisahkan? Oh, semua itu ketentuan Ilahi. kita tidak boleh menolaknya.
kenapalah mereka hanya berkawan dengan aku kerana sesuatu sebab sahaja. aku sedih tau. kadang kala, aku rasa aku dipinggirkan, aku nie macam tunggul. Erm, sedih sesangat. segala masalah, kerunsingan dan kesedihan aku telan dan simpan sendiri sahaja, aku rasa tiada yang boleh menyimpan rahsia aku. 
kekadang aku rasa aku nak hantuk kepala aku dekat dinding supaya aku lupakan segala galanya. tapi nak buat macam mana, itu tak akan terjadi. Tskk tsk. "AKU RASA AKU NAK PINDAH SEKOLAH TAHUN DEPAN" itu azam aku :)
Please be my true friend :(

Aku Berdrama?

Assalammualaikum. 
mengantuknya mata aku nie. rasa nak tidurlah. Erm, oke. arini aku berdrama untuk PLBS [bm]. sedih tau sebab aku tak hafal pon. sikit je aku hafal. rasa nak menangis pon ada. Alhamdullillah ada Tan Yong Cheng, my hero help me. Thanks dude. hehe, masa nak berdrama dekat depan dengan Yong Cheng tuh, tangan aku mulalah sejuk. Ya Allah, first time aku gugup macam tuh. Yong Cheng tolong aku ingat skrip. 
bila kau tengok muka dia, aku ingat skrip aku. sebaik dia pandai buat gaya dan intonasi. yang budak budak kelas aku nak gelakkan aku. saja lah tuh nak perli aku sebab aku kena drama dengan Yong Cheng. Jelous lah tuh. SORRY, Yong Cheng aku punya. jangan kacau #pengakuan minah perasan :3 
lepas habis berdrama, aku terus rasa nak nangis sekali lagi sebab takut markah aku teruk. dalam hati aku nak buat balik. cikgu Dayang kata boleh. fuhh, bila tengok jew markah aku, Alhamdulillah, aku dapat 26/30.  daripada nak buat balik, terus tak jadi nak buat balik. hoho, Yong Cheng dapat 28/30. oke lah tuh kan? terus jadi happy. aku pergi kacau kawan kawan aku yang nak berdrama. hoho, siapa suruh kacau aku masa nak berdrama dekat depan. HAHA. kejam kan aku. yang paling aku sukakan, kawan aku jelous sebab aku boleh pula bisik dengan Yong Cheng dekat telinga sebelum nak berdrama. makin kuat lah diorang perli. okelah, dah panjang aku bercerita. babai, chaw dulu. Salam :D
Jangan Jelous Aku Bergandingan Dengan Yong Cheng

Saya Bertukar :D

Assalammualaikum. *twinky twinky*
penatnya mengedit blog nie. padahal haritu baru tukar skin. kali nie tukar lagi. hoho, tetiba berkenan dengan skin nie. terasa macam lawa lah. Jom tengok skin yang ditukar.
skin kali nie daripada Muazz Adli. nice kan? aku tak tukar apa apa pon. just intro diri dan apa apa yang perlu jew. oke, aku tahu aku memang malas. nak buat macam mana. tapi aku rasa skin nie skin yang paling cun melecun yang pernah aku pakai. Entahlah, bagi korang? setiap manusia mempunyai cita rasa masing masing. okelah, tak usah merepak banyak banyak. nak chaw dulu. OK babai sayang. see you next week.
besok drama? aduhai, malasnya nak hafal :3 aku tahu aku memang pelajar terbaik sebab tuh malas nak hafal #puihhh

Aku Tak Suka Yong Cheng

Assalammualaikum :D
HELLO. sejuknya. terasa seperti berada di Pergunungan Alps la pula. sebenarnya baru lepas hujan daripada pagi sampai tengah hari. oke, sebenarnya aku nak cerita sesuatu yang menakjubkan. ianya berlaku pada hari khamis bersamaan 12 julai 2012.  bergini ceritanya....
aku dan yong cheng memang selalunya akan bergandingan dalam drama. tak tahu lah kenapa. mungkin takdir kot. suatu hari, cikgu dayang (cikgu BM) suruh aku buat drama Cabaran (babak II). kau nak tahu babak tuh sebenarnya babak suami isteri. maknanya aku kena jadi isteri yong cheng. HAHA >< dalam skrip tuh ada yang aku kena cakap "abang" dekat dia. dah budak budak kelas aku gelak kan. siap diorang suruh kitorang duduk rapat rapat lagi. pehh! blusher lah muka dia dengan aku. buat malu. T^T
"sesuai sey korang"
"rapat lah sikit. kata suami isteri"
"Yong cheng rapatlah dekat wani"
itulah suara suara sumbang yang didengari. panas je dengar. rasa nak terajang je muka sorang sorang budka kelas aku tuh. story nie pula berlaku hari khamis aritu. 1 masa sebelum balik, cikgu siti amik waktu cikgu dayang sbb cikgu siti nak rotan siapa budak aku yang ada D. Alhamdullillah aku tak dek D. hoho, selamat dunia akhirat :3 result aku : 4A 3B 1C. time tuh kan, cikgu tanya shuhana kenapa result MT dia teruk dan kenapa boleh dapat D. cikgu siti suruh shuhana jumpa dengan budak pandai mt dalam kelas aku. yong cheng lah yang paling pandai mt dalam kelas aku. 
Cikgu Siti : hah, shuhana nanti jumpa yong cheng. suruh yong cheng ajar. kalau dia tak nak , paksa je. [yong cheng senyum je]
Farisyah: [tetiba farisya jerit] cikgu, tak boleh. nanti wani marah. wani jelous
Cikgu Siti : kalau wani marah, suruh dia duduk sekali dekat yong cheng masa yong cheng ajar shuhana

buat malu aku je lah farisyah nie. rasa nak tumbuk je muka dia. HAHA. satu kelas dengar ape yang farisyah cakap. Ya Allah! segan segan segan. mane ada aku suka yong cheng. aku anggap dia kawan aku je pon. tak lebih. grr! dah lah hari isnin nie aku sekali lagi berlakon drama dengan yong cheng. tajuk drama tuh Sebuah Perjuangan [babak II]. aku berlakon sebagai "Pegawai Inggeris" dan yong cheng berlakon sebagai "Jahul" . aku tak tahu lah macam mana pulak budak budak kelas aku perli nanti. harap semua berjalan dengan lancar. Amin~ :3
besok ada mesyuarat koko dekat sekolah. tak dapat nak jumpa yong cheng :3 HAHA

Smile

Assalammualaikum :D

Salam Maghrib