Aku Tak Suka Yong Cheng

Assalammualaikum :D
HELLO. sejuknya. terasa seperti berada di Pergunungan Alps la pula. sebenarnya baru lepas hujan daripada pagi sampai tengah hari. oke, sebenarnya aku nak cerita sesuatu yang menakjubkan. ianya berlaku pada hari khamis bersamaan 12 julai 2012.  bergini ceritanya....
aku dan yong cheng memang selalunya akan bergandingan dalam drama. tak tahu lah kenapa. mungkin takdir kot. suatu hari, cikgu dayang (cikgu BM) suruh aku buat drama Cabaran (babak II). kau nak tahu babak tuh sebenarnya babak suami isteri. maknanya aku kena jadi isteri yong cheng. HAHA >< dalam skrip tuh ada yang aku kena cakap "abang" dekat dia. dah budak budak kelas aku gelak kan. siap diorang suruh kitorang duduk rapat rapat lagi. pehh! blusher lah muka dia dengan aku. buat malu. T^T
"sesuai sey korang"
"rapat lah sikit. kata suami isteri"
"Yong cheng rapatlah dekat wani"
itulah suara suara sumbang yang didengari. panas je dengar. rasa nak terajang je muka sorang sorang budka kelas aku tuh. story nie pula berlaku hari khamis aritu. 1 masa sebelum balik, cikgu siti amik waktu cikgu dayang sbb cikgu siti nak rotan siapa budak aku yang ada D. Alhamdullillah aku tak dek D. hoho, selamat dunia akhirat :3 result aku : 4A 3B 1C. time tuh kan, cikgu tanya shuhana kenapa result MT dia teruk dan kenapa boleh dapat D. cikgu siti suruh shuhana jumpa dengan budak pandai mt dalam kelas aku. yong cheng lah yang paling pandai mt dalam kelas aku. 
Cikgu Siti : hah, shuhana nanti jumpa yong cheng. suruh yong cheng ajar. kalau dia tak nak , paksa je. [yong cheng senyum je]
Farisyah: [tetiba farisya jerit] cikgu, tak boleh. nanti wani marah. wani jelous
Cikgu Siti : kalau wani marah, suruh dia duduk sekali dekat yong cheng masa yong cheng ajar shuhana

buat malu aku je lah farisyah nie. rasa nak tumbuk je muka dia. HAHA. satu kelas dengar ape yang farisyah cakap. Ya Allah! segan segan segan. mane ada aku suka yong cheng. aku anggap dia kawan aku je pon. tak lebih. grr! dah lah hari isnin nie aku sekali lagi berlakon drama dengan yong cheng. tajuk drama tuh Sebuah Perjuangan [babak II]. aku berlakon sebagai "Pegawai Inggeris" dan yong cheng berlakon sebagai "Jahul" . aku tak tahu lah macam mana pulak budak budak kelas aku perli nanti. harap semua berjalan dengan lancar. Amin~ :3
besok ada mesyuarat koko dekat sekolah. tak dapat nak jumpa yong cheng :3 HAHA